PALSU:
Tular di media sosial berkenaan laporan yang mendakwa kononnya
asteroid bakal menghentam Bumi pada 1 Februari 2019.
SEBENARNYA:
ANGKASA ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah tidak benar.
Untuk makluman, asteroid yang dimaksudkan diberi gelaran 2002NT7 telah dijumpai oleh NASA pada tahun 2002. NASA telah membuat pengiraan berdasarkan teori astronomi bahawa asteroid terbabit akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 dengan kebarangkalian kurang dari 1 peratus (1%). Bagaimanapun, dengan pemantauan dan pengiraan semula, kebarangkalian asteroid tersebut menghentam Bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil. Hasil semakan dan penelitian, ANGKASA juga mengesahkan bahawa asteroid tersebut tidak akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 seperti yang dilaporkan. Oleh itu, orang ramai tidak perlu gusar atau bimbang berkaitan perkara ini.