PENJELASAN:
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperjelaskan dakwaaan kononya banjir besar berlaku kerana tindakan TNB melepaskan air di empangan-empangan dibawah penyeliaanya.
Menurut Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin, empangan-empangan TNB dibina bagi tujuan menjana elektrik dan mengawal banjir.
“Selain daripada menjana elektrik, fungsi utama empangan-empangan ini adalah untuk mengawal aliran air yang banyak akibat hujan lebat yang berterusan. TNB juga memberi jaminan bahawa kesemua empangan terbabit berada dalam keadaan baik dan selamat. Sebenarnya, banjir ini berlaku bukan kerana tindakan TNB melepaskan air di empangan-empangan ini. Sebaliknya, hujan lebat telah meningkatkan paras air di kesemua empangan terbabit.”
SUMBER :
Facebook Tenaga Nasional Berhad