PALSU:
Tular di media sosial yang dakwaan bahawa anak Selangor bakal mendapat RM200 baucar membeli belah oleh Kerajaan Negeri.
SEBENARNYA :
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangor Dr Halimah Ali mengesahkan, penyebaran mengenai pemberian baucar RM200 untuk Program Jom Shopping Kembali Ke Sekolah kepada anak Selangor melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi ‘Whatsapp’ sejak kelmarin adalah fitnah semata-mata.