
PENJELASAN:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat penggunaan bahan kimia beracun seperti benzoil peroksida dalam tepung gandum.
Versi Terkini. Tular: Januari 2017

Versi Terdahulu. Tular: Oktober 2014

Menurut KKM, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan di dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 mg/kg. Benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA).
SUMBER:
Kementerian Kesihatan Malaysia (Januari 2017)
Kementerian Kesihatan Malaysia (Oktober 2014)