PALSU :
Tular di media sosial dakwaan kononya terdapat besi yang sengaja ditaburkan di jejantas keretapi Salak, Sungai Siput yang kononnya merupakan taktik penyamun.
SEBENARNYA :
Pihak Polis menafikan penyebaran maklumat palsu yang meminta orang ramai berhati-hati ketika memandu kenderaan di jejantas kereta api Salak dekat Sungai Siput, kononnya terdapat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, sengaja menabur besi di lorong kiri jalan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Wan Jamil Wan Chik mengesahkan tiada sebarang laporan polis yang diterima berkaitan kejadian itu, malah pihaknya sendiri telah memeriksa lokasi tersebut.
SUMBER :