
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):
Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di seluruh negara terutamanya di utara Semenanjung sehingga 25 Januari 2026.
Walau bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku terutamanya di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam.
SUMBER:






