PALSU :
Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa berlakunya kejadian samun kenderaan dan culik dengan menggunakan taktik mencuri plat nombor kenderaan.
SEBENARNYA :
Pihak Polis telah mengesan satu sebaran maklumat melalui laman sosial yang mendakwa berlaku kejadian samun kenderaan dan culik dengan menggunakan taktik mencuri plat nombor kenderaan.
Menurut ACP Datin Asmawati Ahmad, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), Bukit Aman, hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati tidak berlaku kejadian seumpama itu yang dilaporkan setakat ini.
SUMBER :
Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia
Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia