Cuti Peristiwa Khas Bagi Semua Sekolah Seluruh Negara Pada 9 Mei 2018 Sempena PRU-14?

TULAR:
1569

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan laporan bahawa KPM telah mengumumkan cuti peristiwa khas pada 9 Mei 2018 bagi semua sekolah seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ini berikutan tarikh pengundian berlangsung pada hari persekolahan, iaitu Rabu.

Sebanyak 6,941 daripada 10,180 Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan di seluruh negara menjadi pusat pengundian dalam PRU-14.

“Walaupun hanya 6,941 sekolah menjadi pusat pengundian dalam PRU-14, namun kita berikan cuti peristiwa khas kepada semua sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan.”

SUMBER:

Berita Harian

Twitter Rasmi Menteri Pendidikan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI