Dakwaan Bahawa Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Berada Pada Tahap Kecemasan Adalah Tidak Benar

TULAR:
1327

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Mesej tular mendakwa situasi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, berada pada tahap membimbangkan berikutan peningkatan kes Covid-19, adalah tidak benar.

Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata mesej tersebut adalah palsu, sebaliknya keadaan semasa di hospital itu masih terkawal, malah perkhidmatannya juga berjalan lancar seperti biasa.

“Masyarakat diingatkan agar tidak menularkan sebarang berita atau maklumat yang tidak sahih, agar tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau mengulas mesej tular yang dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp yang menyebut HRPB kini mengalami masalah wad untuk menempatkan pesakit positif Covid-19 tahap tiga hingga lima, selain wad bagi pesakit jantung juga telah penuh.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM
Harian Metro
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI