Dakwaan Bahawa Terdapat Sebuah Gua Kosong di bawah Bandar Raya Kuala Lumpur adalah Tidak Benar

TULAR:
522

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Geologi, Universiti Malaya:

Jabatan dimaklumkan bahawa telah tular satu artikel di media sosial yang menyatakan bahawa terdapat “..gua kosong yang amat besar…” di bawah bandar raya Kuala Lumpur. Artikel ini kononnya ditulis oleh seorang ahli geologi terkemuka dari Universiti Malaya yang bernama Dr. Sarah Jamal.

Jabatan menegaskan bahawa tiada ahli geologi yang bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di Universiti Malaya. Juga, tiada ahli Geologi bernama Sarah Jamal didaftarkan di dalam senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia.

Kandungan artikel adalah tidak berdasarkan fakta dan adalah palsu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Geologi, Universiti Malaya


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI