Dakwaan Bayaran Tol Akan Dikenakan Kepada Penunggang Motosikal Mulai Oktober 2025 Adalah Tidak Benar

TULAR:
116

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM):

LLM menafikan dan amat kesal dengan pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran kandungan mengelirukan bertajuk “Penunggang Motosikal Boleh Merasai Pengalaman Membayar Tol Mulai Oktober 2025 Ini” yang dimuat naik di platform media sosial (Facebook, Instagram, Tik Tok) pada Sabtu, 9 Ogos 2025.

Kandungan tersebut mengandungi maklumat tidak tepat yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan pengguna lebuh raya, khususnya penunggang motosikal, serta menjejaskan reputasi Kerajaan, Kementerian Kerja Raya (KKR), LLM dan syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.

Untuk makluman, syarikat konsesi PLUS Malaysia Berhad kini sedang menjalankan ujian sistem tol terbuka menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR). Sekiranya ujian ini berjaya, pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat di lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad. Objektif utama pelaksanaan sistem ini adalah untuk melancarkan aliran trafik, meningkatkan keselesaan pengguna, dan mengurangkan kesesakan di plaza tol.

LLM menegaskan bahawa tiada perubahan terhadap kategori kenderaan yang dikenakan tol pada masa ini, termasuk penunggang motosikal.

SUMBER:

Facebook Rasmi LLM

Instagram Rasmi LLM

X Rasmi LLM

Facebook Rasmi KKR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI