SEBENARNYA:
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN):
Kerajaan menafikan berlakunya kebocoran data 17 juta dokumen rasmi MyKad milik rakyat Malaysia seperti didakwa di media sosial.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pemeriksaan rapi yang dilakukan agensi keselamatan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.
Kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan data terutama MyKad milik seluruh rakyat Malaysia adalah terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.
SUMBER: