
SEBENARNYA:
Melalui Facebook Rasmi Menteri Komunikasi, YB Datuk Fahmi Fadzil:
Media Prima telah mengesahkan bahawa tangkap layar (screenshot) berita kononnya Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, bakal menutup TikTok adalah PALSU dan rekaan semata-mata.
Pihak Media Prima menegaskan hantaran tersebut tidak pernah disiarkan melalui mana-mana saluran rasmi mereka. Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan fitnah yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
SUMBER:
Facebook Rasmi Menteri Komunikasi






