
SEBENARNYA:
Menurut YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi:
Kerajaan menegaskan bahawa Malaysia tidak membayar sebarang tol bagi laluan kapal Petronas melalui Selat Hormuz, sekali gus menafikan dakwaan tular di media sosial.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibentangkan Petronas dan diteliti dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam dan mendapati maklumat yang tersebar berkemungkinan berpunca daripada kekeliruan warganet terhadap tajuk berita tertentu.
Mengulas penyebaran grafik palsu berkaitan harga minyak, Datuk Fahmi berkata pengumuman rasmi harga mingguan RON95, RON97 dan diesel hanya dibuat oleh Kementerian Kewangan pada setiap Rabu.
SUMBER:






