Dakwaan Klinik Kesihatan Tidak Akan Menerima Pesakit Walk-In Adalah Tidak Benar

TULAR:
14

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

KKM ingin menjelaskan mesej yang telah tersebar dalam platform media sosial bahawa Klinik Kesihatan tidak akan menerima pesakit walk-in adalah 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 yang telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.

Walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan, khususnya bagi kes kecemasan, warga emas, dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi. Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian (triage) terlebih dahulu.

Pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan.

KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu. Oleh itu, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Instagram Rasmi KKM

X Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI