SEBENARNYA:
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kononnya golongan gelandangan di ibu negara terbiar ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .
Sebaliknya, kebajikan golongan tersebut sentiasa terbela termasuk penyediaan tempat tinggal.
“Ramai yang beranggapan bahawa gelandangan masih terbiar di Kuala Lumpur.”
“Suka saya nak nyatakan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menempatkan gelandangan-gelandangan tersebut di tiga lokasi penempatan yang diwujudkan oleh DBKL.
“Mereka diberikan makanan dan sebagainya. Jadi, tidak timbul isu gelandangan masih terbiar.”