SEBENARNYA:
Menurut kenyataan rasmi Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM):
SPRM menafikan dakwaan kononnya orang ramai perlu menghubungi talian bebas tol suruhanjaya berkenaan sekiranya mereka tidak mendapat agihan bantuan kerajaan seperti yang telah disebarkan di aplikasi WhatsApp serta media sosial hari ini.
SPRM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seumpama itu yang dipercayai merujuk kepada bantuan khas COVID-19 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.