
SEBENARNYA:
Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah:
Adalah dimaklumkan bahawa mesej berangkai yang menularkan dakwaan mengenai “Pengisytiharan Cuti Umum Sempena Kemenangan Kerajaan GRS” adalah tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat tersebut. Sebarang pengumuman rasmi hanya akan disalurkan melalui platform komunikasi Kerajaan Negeri yang sah dan disahkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
SUMBER:
Facebook Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah






