Dakwaan Pengurangan Kadar Elaun Biasiswa Dari Yayasan Khazanah Adalah Tidak Benar

TULAR:
681

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Yayasan Khazanah (YK):

YK ingin mengingatkan orang ramai agar memastikan kesahihan fakta sebelum berkongsi, bagi menjamin kredibiliti maklumat yang disampaikan.

YK menawarkan biasiswa penuh yang merangkumi elaun sara hidup yang kompetitif serta elaun-elaun sokongan lain bersesuaian dengan pasaran dan kos sara hidup semasa. Kenyataan berkenaan jumlah dan penurunan kadar elaun yang sedang tular di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar dan tidak berasas.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, diharap dapat merujuk terus kepada pihak Yayasan Khazanah.

SUMBER:

Facebook Rasmi Yayasan Khazanah


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI