Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM):
KPWKM menafikan artikel dan laporan yang menyebut peningkatan kes keganasan rumah tangga dicatatkan melalui Talian Kasih KPWKM. Artikel yang menyebut peningkatan kes keganasan rumah tangga meningkat sebanyak 57% ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar sama sekali. KPWKM ingin menegaskan bahawa peningkatan jumlah peratusan panggilan tersebut merangkumi semua kategori termasuk panggilan berhubung wabak COVID-19, rujukan kes-kes bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes kaunseling dan lain-lain.