Dakwaan Petronas Adalah Penaja Utama Liga Bola Sepak Bangladesh Adalah Tidak Benar

TULAR:
38

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS):

Petronas menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa syarikat adalah penaja utama Liga Bola Sepak Bangladesh.

Kenyataan syarikat minyak dan gas negara itu memaklumkan bahawa Petronas tidak pernah memeterai sebarang perjanjian berkaitan penajaan bagi Liga Bola Sepak Bangladesh, atau membenarkan nama dan jenamanya digunakan.

Petronas turut memaklumkan bahawa ia memandang serius isu membabitkan integriti jenamanya, dan kekal fokus terhadap usaha penyampaian nilai kepada pihak berkepentingan serta komuniti di mana ia beroperasi.

Khabar angin mengenai Petronas yang dikatakan telah menjalinkan usaha sama dengan Liga Bola Sepak Bangladesh tular di media sosial sejak 23 November 2025 susulan laporan beberapa portal sukan tempatan mengenai perkara tersebut.

Perkembangan itu secara tidak langsung mengundang perhatian pelbagai pihak, dengan segelintir daripadanya mempertikai keputusan Petronas yang tidak menaja liga domestik sebaliknya memilih untuk menjadi penaga bagi kejohanan di luar negara.

SUMBER:
Laman Rasmi Petronas

BERNAMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI