SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN):
KPDN ingin menjelaskan bahawa beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial berkaitan “subsidi diesel dihapuskan bagi kenderaan diesel bermula 1 Januari 2024” adalah maklumat yang tidak benar.
Untuk makluman, KPDN sedang menjalankan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel melibatkan enam (6) syarikat yang menerima kuota bagi skid tank mereka yang akan tamat tempoh pada 14 Januari 2024. la sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu. Proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang dibangunkan agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel seperti mana yang dirancang.