Dakwaan Terdapat ‘WhatsApp Group’ Bagi Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia Adalah Tidak Benar

TULAR:
833

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia):

Maritim Malaysia menegaskan bahawa satu hantaran yang tular di aplikasi telegram menerusi saluran telegram Edisi Siasat adalah tidak benar dan PALSU.

Menerusi siasatan dalaman Maritim Malaysia, WhatsApp Group seperti yang tular dengan memaparkan pengenalan diri beberapa individu sebagai Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia juga adalah palsu serta WhatsApp Group tersebut juga adalah tidak pernah wujud di Agensi ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Maritim Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI