SEBENARNYA:
Sebarang pergerakan rentas negeri dan daerah bagi individu masih menggunakan permit pergerakan / kebenaran dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hanya pekerja yang mempunyai pas pekerja dan surat kebenaran dari majikan menjalankan tugas sahaja tidak perlu menggunakan permit pergerakan / kebenaran dari pihak PDRM. Sudah memadai dengan menunjukkan surat majikan tersebut.
Disamping itu juga, sekiranya mempunyai temujanji perubatan, hanya perlu menunjukkan kad atau surat temujanji perubatan tersebut sahaja. Bagi kes-kes kecemasan dan kemalangan yang perlu mendapatkan rawatan di hospital dan klinik juga dibenarkan bergerak tanpa permit/kebenaran .
Borang permit boleh dimuat turun menerusi pautan:
https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf