Dakwaan Video ‘Standoff’ Antara Tentera Laut Filipina dan Malaysia Adalah Tidak Benar

TULAR:
113

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM):

TLDM ingin menegaskan bahawa dakwaan yang tular melalui sebuah video berdurasi 12:51 minit yang tersebar di YouTube mengenai ketegangan antara Tentera Laut Filipina dan Malaysia adalah tidak benar sama sekali. Tiada insiden seperti yang digambarkan dalam video tersebut.

Video tersebut jelas bertujuan untuk mencemarkan hubungan diplomatik pertahanan yang telah lama terjalin antara Filipina dan Malaysia.

Penyebaran maklumat palsu berpotensi untuk mencetuskan kontroversi, merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap peranan TLDM khususnya dalam menjaga kedaulatan perairan negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi TLDM

Bernama

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI