
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):
Tular di media sosial dakwaan bahawa YAB Perdana Menteri meluluskan bantuan RM1,500 kepada suri rumah, ibu tunggal dan warga emas bermula 22 hingga 28 Februari 2026.
Untuk makluman, dakwaan tersebut adalah TIDAK BENAR.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak kesahihan maklumat melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan sebelum berkongsi.
SUMBER:






