
SEBENARNYA:
Menurut YB Teresa Kok:
YB Teresa Kok telah mengesahkan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa. Kandungan artikel berkenaan adalah tidak benar dan berunsur fitnah.
Artikel ini telah disebarkan oleh beberapa akaun media sosial di pelbagai platform, termasuk Facebook dan THREAD, dan penyebarannya berpotensi menimbulkan salah faham serta hasutan berkaitan isu kaum dan agama.
Susulan penularan artikel palsu ini, laporan polis telah dibuat dan aduan turut dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan terhadap pihak yang terlibat.
SUMBER:






