Diskaun Saman Trafik Pada 15 November 2016?

TULAR:
910

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat diskaun bagi saman trafik yang dibayar pada 15 November 2016.

Sumber Gambar: Facebook


SEBENARNYA :

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan pihaknya memberi diskaun kepada orang ramai sekiranya membayar saman pada 15 November 2016.

JSPT Bukit Aman menjelaskan terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman suara di aplikasi WhatsApp menggesa orang ramai membuat pembayaran pada hari itu bagi menikmati pengurangan harga.

SUMBER :

Berita Harian
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI