SEBENARNYA:
Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB Malaysia), peneraju industri dan orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika menerima maklumat menerusi aplikasi-aplikasi atau melayari pautan-pautan tidak rasmi berkenaan penyebaran maklumat palsu seperti berikut: ‘Cadaangan SOP & Garis Panduan Bagi Kebenaran Beroperasi untuk Projek Pembinaan Semasa PKP’ dan ‘Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan COVID-19 Industri Pembinaan’.