Durian Gred Lain Dilabel ‘Musang King’?

TULAR:
1042
KUALA LUMPUR, 21 Sept -- Para petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) membuka durian untuk diagihkan kepada petugas Bernama yang menunggu giliran pada Pesta Durian Kelab Kakitangan Bernama (KKB) di Wisma Bernama hari ini. Lebih 200 petugas Bernama meluangkan masa menikmati durian dengan dikenakan bayaran hanya RM15 melalui pembelian kupon. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan durian Musang King ‘tiruan’ atau durian jenis lain yang dilabel sebagai Musang King.

Sumber gambar: Bernama

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin, terdapat peniaga tidak bertanggungjawab yang menyasarkan pelancong yang tidak arif mengenai jenis-jenis durian yang terdapat di negara ini.

“Bagi mengatasi isu penjualan durian Musang King ‘tiruan’ ini, kementerian sedang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan durian Musang King dilabel terlebih dahulu sebelum dipasarkan. Mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan label tersebut boleh diambil tindakan oleh kementerian di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,” kata beliau.

SUMBER :

Bernama

The Star


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI