WASPADA :
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan individu yang berlegar-legar di sekitar kawasan bank dengan berpakaian kemas dan mengaku sebagai ejen bank untuk menawarkan pinjaman ‘ekspres’ kepada orang awam kononnya wang boleh diterima dalam tempoh 20 minit, selepas mendapat kelulusan pihak bank.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, ACP Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata orang ramai diminta supaya berurusan terus di kaunter bank untuk mengemukakan permohonan pinjaman dan membuat sebarang pembayaran serta mengelak berurusan dengan individu yang mengaku sebagai ejen bank.
SUMBER :
Bernama