Ekonomi Malaysia Gagal Capai KPI?

TULAR:
138

PENJELASAN:

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memperjelaskan laporan bahawa ekonomi Malaysia gagal mencapai petunjuk pres­tasi utama (KPI) sepertimana yang hangat diperkatakan.

Gambar hiasan. Sumber: malaysianaccess.com

Pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan berjaya memacu pembangunan dan peningkatan ekonomi negara di sebalik ketidaktentuan persekitaran ekonomi dunia berdasarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017.

Beliau berkata, pembentangan laporan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan negara berjaya mencapai petunjuk pres­tasi utama (KPI) pembangunan ekonomi yang telah ditetapkan untuk tahun 2017.

“Malaysia mencatatkan pembangunan ekonomi sebanyak 5.9 pada tahun lepas walaupun menghadapi pelbagai cabaran daripada ketidaktentuan harga komoditi, tukaran wang asing dan ketidakstabilan geopolitik serantau,” katanya.

SUMBER:

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI