PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Empangan Cameron Highlands terpaksa dibuka untuk mengelakkan empangan pecah.
SEBENARNYA:
Menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):
TNB menafikan dakwaan ‘Empangan Cameron Highlands terpaksa dibuka untuk mengelakkan empangan pecah’ seperti yang viral di media sosial.
Sehingga kini, air yang dikeluarkan untuk tujuan penjanaan kuasa adalah terkawal.
Perbuatan tidak bertanggung jawab ini amat mengelirukan sehingga boleh menimbulkan situasi panik di kalangan orang ramai.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak sah di media sosial.