PENJELASAN:
Kementerian Sumber Manusia memperjelaskan dakwaan bahawa kementerian tidak akan melaksanakan janji gaji minimum RM1,500 yang tertulis didalam manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 sepertimana yang tular di media sosial.
Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata pada masa ini masih terlalu awal untuk melihat impak perlaksanaan gaji minimum baharu. Secara amnya, kajian semula perintah gaji minimum akan dibuat oleh MPGN sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2 tahun selaras dengan peruntukan Akta 732, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.
Kerajaan akan memastikan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tetapi pada masa yag sama dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan hendaklah bergerak selari dengan langkah-langkah pemulihan kedudukan kewangan negara yang sedang dilaksanakan. Kerajaan yakin selepas kedudukan kewangan semakin pulih kelak, banyak inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan rakyat.
SUMBER: