GST Penyebab Kenaikan Harga Barang?

TULAR:
401

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memperjelaskan dakwaan bahawa cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah merupakan penyebab kenaikan harga barang di negara ini, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Kenaikan harga barangan di pasaran serta perkhidmatan bukanlah disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) semata-mata malah pelbagai faktor lain turut mempengaruhi sehingga menyumbang kepada masalah kos sara hidup.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai, malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.

Jelasnya selain itu beberapa faktor seperti kadar tarif elektrik, air, cukai tanah termasuk cukai pintu yang tinggi dikutip oleh sesetengah kerajaan negeri turut mempengaruhi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

SUMBER:

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI