Harga Rumah PR1MA Dinaikkan Sehingga RM500,000?

TULAR:
129

PALSU :

Tular di media sosidal dakwaan kononya Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menaikkan had harga maksimum rumah yang dibina melalui perbadanan itu kepada RM500,000

Gambar hiasan. Sumber gambar: Mynewshub.

SEBENARNYA :

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) tidak pernah menaikkan had harga maksimum rumah yang dibina melalui perbadanan itu daripada RM400,000 kepada RM500,000.

Menurut Naib Presiden Komunikasi Korporat PR1MA, Norashikin Abdullah, sejak ditubuhkan pada 2012, harga rumah PR1MA yang ditawarkan adalah kekal antara RM100,000 hingga RM400,000.

Harga itu adalah 20 peratus lebih murah daripada harga pasaran bagi kawasan bandar mahu pun pinggir bandar, dengan penyediaan kehidupan komuniti dibuat secara mampan.

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI