Harga Sayur Berdaun Naik Dan Bekalannya Terputus Akibat Banjir ?

TULAR:
415
ALOR SETAR, 8 Jan -- Peniaga sayur, Rafizah Zakaria,23, menunjukkan kobis bulat dijual RM10 sekilogram berikutan musim tengkujuh yang melanda di beberapa negeri ketika tinjauan di Pasar Besar Alor Setar hari ini. Selain itu, kesan kejatuhan nilai mata wang Malaysia turut menyebabkan sayur-sayuran yang diimport dari Thailand turut meningkat. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya harga sayur berdaun naik serta bekalannya terputus akibat banjir.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bahawa bekalan sayuran jenis berdaun di negeri-negeri dilanda banjir  seperti Pulau Pinang, Kedah tidak akan terputus.

Malah, pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata masyarakat tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga sayuran jenis berdaun kerana pihaknya sentiasa mempunyai bekalan tersebut dan ia akan dihantar segera ke gerai-gerai FAMA di kawasan yang terjejas bagi mengelak bekalan terputus.

SUMBER:

MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI