
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT):
KPKT menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di beberapa halaman Facebook yang cuba memberikan persepsi negatif berhubung penggunaan gelas berkaki bagi minuman “Cucumber Apple Slider” semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Menteri KPKT pada 8 November 2025.
Minuman “Cucumber Apple Slider” yang disajikan kepada para tetamu merupakan minuman ringan berkarbonat dan tidak mengandungi sebarang alkohol.
Penyediaannya dalam gelas berkaki adalah selaras dengan standard katering yang lazim digunakan untuk majlis berprotokol.
KPKT memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat dan mengelirukan yang boleh menjejaskan imej kementerian serta reputasi para tetamu.
SUMBER:
Facebook Rasmi KPKT






