Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) ingin memaklumkan bahawa jabatan ini, Hospital Tuanku Fauziah dan klinik-klinik kesihatan di negeri Perlis tidak mempunyai kaitan dengan hebahan Flyers yang sedang tular melalui media sosial pada 28 Mac 2020 oleh Kelab Staff PPKSE yang meminta sumbangan pakaian Frontliners, alatan, makanan dan keperluan lain.
JKNPs menghargai keprihatinan semua pihak yang berusaha membantu petugas dan hospital untuk pengurusan COVID-19 ini.
SUMBER:
Facebook Rasmi Hospital Tuanku Fauziah