PENJELASAN:
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) memperjelaskan laporan bahawa pelaksanakan ibadah umrah secara persendirian atau ‘Do it Yourself’ (DIY) adalah merupakan kesalahan di bawah undang-undang Arab Saudi sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Timbalan Menteri Pelacongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, kerajaan Arab Saudi mewajibkan semua jemaah untuk berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah sah yang dikenali sebagai muassasah.
Menurut beliau, “Pelancong yang dikategorikan sebagai Free Independent Traveler (FIT) (pengembara bebas) ini tidak terpakai bagi tujuan umrah. Mereka boleh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi kerana umrah DIY adalah salah di sisi undang-undang negara itu.”
SUMBER: