SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memandang serius isu tular yang disebarkan melalui media sosial baru-baru ini.
Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan yang ditawarkan seperti Lesen Tanpa Ujian Komputer dan JPJ yang tular di media sosial.
JPJ ingin menegaskan bahawa sebarang urusan berkenaan Lesen Memandu Tanpa Ujian yang dikeluarkan oleh Runner.myeg adalah palsu dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh JPJ serta tidak sah.