PALSU :
Tular di media sosial mendakwa bahawa Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) lelong 225 buah motosikal pada harga antara RM400 hingga RM800 bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.
SEBENARNYA :
Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menafikan akan melelong 225 buah motosikal pada harga antara RM400 hingga RM800 bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, perkara tersebut yang menjadi tular dalam laman sosial ketika ini tidak benar sama sekali dan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.
SUMBER :