PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Imigresen Kelantan menaikkan kain rentang amaran kepada pengundi dwi (kerakyatan) yang akan mengundi.
SEBENARNYA :
Jabatan Imigresen Kelantan menafikan ada mengeluarkan kain rentang amaran kepada pengundi dwi (kerakyatan) yang akan mengundi.
Pengarahnya, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, jabatan itu tidak mengeluarkan sebarang arahan atau makluman melalui kain rentang di kawasan sempadan.
Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya turut menemui beberapa paparan dengan mesej yang sama di Bukit Bunga, Jeli dan Pengkalan Kubor, Tumpat.
Beliau juga berkata, “Sebarang sebaran maklumat menggunakan konsep kain rentang sepatutnya perlu melalui kelulusan daripada beberapa pihak antaranya majlis daerah di satu-satu kawasan.”