PENJELASAN:
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperjelaskan dakwaan bahawa hak masyarakat Orang Asli di negara diabaikan sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, JPN tidak pernah mengabaikan tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk Orang Asli kerana sedar kesukaran mereka untuk ke kawasan bandar.
Program Mobile Menyemai Kasih Rakyat anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjadi bukti masyarakat Orang Asli di negara ini tidak diabaikan.
Penganjuran program Mobile Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) diwujudkan bagi membolehkan penduduk pribumi di kawasan pedalaman mendapatkan perkhidmatan JPN.