Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Bakal Terima Kelulusan Baharu Kawasan Pembalakan?

TULAR:
923

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) akan menerima kelulusan baharu kawasan pembalakan yang akan dipertimbangkan dalam mesyuarat kerajaan Kelantan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menafikan dakwaan kononnya akan menerima kelulusan baharu kawasan pembalakan yang akan dipertimbangkan dalam mesyuarat kerajaan negeri.

Menurut Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Zahari Ibrahim dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali dan pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

“Dakwaan itu kononnya ada kelulusan baharu kawasan pembalakan yang luas akan dipertimbangkan dalam mesyuarat hari ini (16 April 2018). Ia adalah tidak benar sama sekali. Oleh itu, kami memandang serius dakwaan palsu berkenaan dan akan membuat laporan polis mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.”

SUMBER:

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI