PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa JPJ akan bergerak aktif ketika Hari Raya Cina. Menurut mesej yang menjadi tular itu, anggota JPJ akan menyamar dan mensasarkan 15 saman akan dikeluarkan oleh setiap anggotanya.
Sumber gambar: Facebook
SEBENARNYA :
JPJ menafikan mesej yang menjadi tular itu dan ianya tidak pernah dikeluarkan oleh badan berkenaan.
JPJ juga menjelaskan, pengurusan tertinggi jabatan tersebut tidak pernah menetapkan sasaran bagi kepada setiap anggotanya untuk mengeluarkan KPI (Key Performance Index) untuk jumlah saman yang dikeluarkan seperti yang didakwa di dalam pesanan itu.