PENJELASAN :
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor memperjelaskan dakwaan bahawa orang ramai tidak boleh melakukan urusan pembaharuan lesen kenderaan kerana pihak JPJ tersebut telah kehabisan stok pelekat Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Menurut Pengarahnya Nazli Md Taib, walaupun terdapat sedikit masalah kekurangan pelekat LKM baru-baru ini, ia hanyalah bersifat sementara disebabkan masalah percetakan dan orang ramai masih boleh membuat urusan pembaharuan cukai jalan seperti biasa.
“Apabila terdapat sedikit masalah di pihak percetakan, maka akan timbul kesukaran untuk memenuhi stok pelekat LKM sekaligus mengakibatkan gangguan sementara.”