Tular di media sosial dakwaan bahawa pihak polis telah mengeluarkan ‘Kadar Kompaun Baharu Saman Trafik’ yang menunjukkan penurunan kadar kompaun pelbagai kesalahan lalulintas.
SEBENARNYA :
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis DiRaja Malaysia, menafikan bahawa telah mengeluarkan senarai kadar pengurangan harga kompaun bagi kesalahaan lalulintas.
Senarai kadar harga kampaun berkenaan disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami TIDAK PASTI JANGAN KONGSI