Kadar Tarif Elektrik Di Semenanjung, Sabah dan Labuan Naik Bermula Tahun 2018?

TULAR:
1030

PENJELASAN : 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air memperjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kadar tarif elektrik pengguna di Semenanjung, Sabah dan Labuan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, kadar tarif elektrik pengguna di Semenanjung kekal bagi tempoh tiga tahun akan datang bermula pada 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2020, manakala kadar sedia ada di Sabah dan Labuan tidak berubah hingga Jun tahun 2018.

Maximus berkata, pengekalan tarif tidak menjejaskan kualiti pembekalan tenaga, malah Tenaga Nasional Bhd (TNB) merancang beberapa program pembangunan infrastruktur pembekalan elektrik berasaskan teknologi terkini bagi memastikan pengguna menerima bekalan elektrik yang berdaya harap.

Katanya, bagi tarif elektrik di Sabah dan Labuan, kadarnya ditetapkan hingga Jun kerana Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) belum mengguna pakai mekanisme kawal selia berasaskan insentif (IBR) seperti digunakan TNB di Semenanjung.

SUMBER:

Berita Harian

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI