PALSU:
Tular di media dakwaan kononya Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) menjalankan sosial kajian dalam talian yang muncul di beberapa laman sesawang.
SEBENARNYA:
Menurut Pos Malaysia, kajian dalam talian berhubung syarikat itu yang muncul di beberapa laman web merupakan satu penipuan dan pihaknya tidak pernah memberikan kebenaran dalam apa bentuk sekalipun.
Menurut Pos Malaysia lagi, pihaknya tidak mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga untuk mengendalikan sebarang aktiviti, dan semua pengumuman mengenai syarikat dibuat melalui saluran rasmi seperti saluran media sosialnya.
SUMBER:
Laman Facebook Rasmi Pos Malaysia